Mengenai Kami
Objektif
Mengawalselia melalui penguatkuasaan di bawah Akta LGM (Perbadanan) 1996 (Akta 551); Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 dan Perintah LGM (SES) 1999 dan 2009.
Visi
Menjadi Organisasi yang terulung dalam semua bidang industri getah untuk kemanfaatan masyarakat.
Misi
Meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah Malaysia dalam persekitaran global melalui penyelidikan dan pembangunan berfokus, pemindahan teknologi berkesan dan perkhidmatan sokongan berkualiti.
Fungsi
1. Tindakan Penguatkuasaan
Aduan, Risikan, Siasatan, Serbuan, Operasi Bersepadu, Operasi Patuh dan e-FORCE.
2. Tindakan Inspektorat
Pemeriksaan dan pemantauan ke atas kilang pemproses (MSNR Trace), kilang produk (e-RM), Pelabuhan dan Pintu Sempadan.
3. Tindakan Operasi
Pemeriksaan dan pemantauan ke atas pekebun kecil (PAT-G), Estet Getah, Nurseri Getah (RRIMsemaian), Stor Ekshibit dan Lelong.
Produk & Harga
Bahagian Pembayaran Kompaun dalam Sistem e-FORCE
Pembayaran Kompaun
Bahagian Pembayaran Kompaun dalam Sistem e-FORCE yang dibangunkan oleh Lembaga Getah Malaysia bertujuan untuk memudahkan penyelesaian bayaran kompaun yang dikenakan ke atas kesalahan berkaitan industri getah secara cepat dan teratur.
Melalui sistem ini, pengguna boleh membuat semakan maklumat kompaun serta melaksanakan pembayaran mengikut kaedah yang ditetapkan. Pembayaran boleh dilakukan melalui saluran yang disediakan seperti secara dalam talian atau kaunter rasmi, bergantung kepada pilihan yang tersedia.
Setiap pembayaran yang berjaya akan direkodkan dalam sistem dan dikemaskini secara automatik bagi memastikan status bayaran sentiasa tepat dan terkini. Pengguna juga boleh menyemak rekod pembayaran sebagai rujukan pada bila-bila masa.
Secara keseluruhannya, kemudahan ini diwujudkan bagi memastikan proses pembayaran kompaun menjadi lebih mudah, telus dan efisien, di samping menggalakkan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Polisi Bayaran Balik
Sila ambil maklum bahawa, tiada pemulangan bayaran selepas pembayaran berjaya dibuat melalui sistem e-FORCE LGM.
Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu dan diperakui oleh pihak LGM, pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk pemulangan bayaran melalui e-mel LGM uip@lgm.gov.my. Sebarang pertimbangan adalah ditentukan oleh pihak LGM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Hubungi Kami
Telefon
Muhamad Hermee Tahir
03-9206 3604
Muhammad Syazwan Syafiq
03-9206 3606
Muhammad Syazreen
03-9206 3612
Alamat
Tingkat 18, Bangunan Getah Asli (Menara),
148 Jalan
Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Polisi Privasi
Polisi Privasi
Sila rujuk dokumen PDF Polisi Privasi LGM untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan penggunaan data peribadi.
Polisi Tidak Menerima Hadiah
Sila rujuk dokumen PDF Polisi Tidak Menerima Hadiah LGM untuk maklumat lanjut.
Terma & Syarat
Penggunaan Sistem e-FORCE oleh Lembaga Getah Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
1. Penerimaan Syarat
Dengan mengakses dan menggunakan sistem e-FORCE, pengguna dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan.
2. Tujuan Penggunaan
Sistem ini disediakan khusus bagi tujuan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan industri getah. Pengguna hendaklah menggunakan sistem ini hanya untuk tujuan rasmi sahaja.
3. Akaun Pengguna
Pengguna bertanggungjawab untuk:
- Menjaga kerahsiaan maklumat log masuk
- Tidak berkongsi akaun dengan pihak lain
- Memastikan segala aktiviti yang dilakukan menggunakan akaun adalah sah
Sebarang penyalahgunaan akaun adalah tanggungjawab pemilik akaun tersebut.
4. Keselamatan dan Kerahsiaan Data
Semua data dan maklumat dalam sistem e-FORCE adalah sulit dan hanya boleh diakses oleh pengguna yang diberi kebenaran. Pengguna dilarang:
- Mendedahkan maklumat kepada pihak tidak berkaitan
- Menggunakan data untuk tujuan selain daripada tugas rasmi
5. Ketepatan Maklumat
Pengguna hendaklah memastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat, lengkap dan terkini. Sebarang maklumat palsu atau mengelirukan adalah tidak dibenarkan.
6. Larangan Penyalahgunaan Sistem
Pengguna dilarang:
- Mengakses sistem tanpa kebenaran
- Mengubah, merosakkan atau mengganggu operasi sistem
- Menggunakan sistem untuk tujuan yang menyalahi undang-undang